Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
قَالَ إِبْلِيسُ لِرَبِّهِ: يَا رَبِّ! قَدْ أُهْبِطَ آدَمُ، وَقَدْ عَلِمْتُ أَنَّهُ سَيَكُونُ كِتَابٌ وَرُسُلٌ؛ فَمَا كِتَابُهُمْ وَرُسُلُهُمْ؟ قَالَ: رُسُلُهُمْ الْمَلائِكَةُ، وَالنَّبِيُّونَ مِنْهُمْ، وَكُتُبُهُمْ التَّوْرَاةُ وَالزَّبُورُ وَالإِنجيلُ وَالْفُرْقَانُ. قَالَ: فَمَا كِتَابِي؟ قَالَ: كِتَابُكَ الْوَشْمُ، وَقُرآنُكَ الشِّعْرُ، وَرُسُلُكَ الْكَهَنَةُ، وَطعامُكَ مَا لا يُذْكَرُ اسْمُ اللَّهِ عَلَيْهِ، وَشَرابُكَ كُلُّ مُسْكِرٍ، وَحَدِيْثُكَ (الأصلُ: وَصِدْقُكُ) الْكَذِبُ، وَبيتُكَ الْحَمَّامُ، وَمصائدُكَ النِّسَاءُ، وَمُؤَذِّنُكَ الْمِزْمارُ، وَمَسْجِدُكَ الأَسْوَاقُ.
Teks Bahasa Melayu
Iblis berkata kepada Tuhannya: "Wahai Tuhan! Adam telah diturunkan dan aku memahami bahawa sesungguhnya akan ada kitab dan para utusan maka apakah kitab mereka dan siapakah para utusan mereka?" Tuhannya menjawab: "Para utusan mereka adalah malaikat dan para Nabi daripada kalangan mereka, kitab-kitab mereka adalah Taurat, Injil, Zabur dan al-Furqan." Lalu iblis berkata: "Apakah kitabku"? Lalu Allah Taala menjawab: "Kitab kamu adalah tatu, Quran kamu adalah syair dan utusanmu adalah tukang-tukang tilik, makanan kamu adalah makanan yang tidak disebutkan dengan nama Allah padanya, minumanmu adalah semua minuman yang memabukkan, percakapanmu adalah dusta, rumahmu adalah tandas, perangkapmu adalah wanita, yang menyerumu (azanmu) adalah seruling dan rumah ibadatmu adalah pasar-pasar.”
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Abbas RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1638, hadis no. 8284. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر) عن ابن عباس - رضي الله عنهما -، قال: قال رسول الله - صلى الله عليه وسلم -: ((قال إبليس لربه: يا رب! قد أهبط آدم، وقد علمت أنه سيكون كتاب ورسل؛ فما كتابهم ورسلهم؟ قال: قال رسلهم الملائكة، والنبيون منهم، وكتبهم التوراة والزبور والإنجيل والفرقان. قال: فما كتابي؟ قال: كتابك الوشم، وقرآنك الشعر، ورسلك الكهنة، وطعامك ما لا يذكر اسم الله عليه، وشرابك كل مسكر، وحديثك (الأصل: وصدقك) الكذب، وبيتك الحمام، ومصائدك النساء، ومؤذنك المزمار، ومسجدك الأسواق)). [طب، حل، ((الضعيفة)) (1564، 6055)]
(Munkar) Daripada Ibn Abbas RA, beliau berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda: ((Iblis berkata kepada Tuhannya: "Wahai Tuhan! Adam telah diturunkan dan aku memahami bahawa sesungguhnya akan ada kitab dan para utusan maka apakah kitab mereka dan siapakah para utusan mereka?" Tuhannya menjawab: "Para utusan mereka adalah malaikat dan para Nabi daripada kalangan mereka, kitab-kitab mereka adalah Taurat, Injil, Zabur dan al-Furqan." Lalu iblis berkata: "Apakah kitabku"? Lalu Allah Taala menjawab: "Kitab kamu adalah tatu, Quran kamu adalah syair dan utusanmu adalah tukang-tukang tiliki, makanan kamu adalah makanan yang tidak disebutkan dengan nama Allah padanya, minumanmu adalah semua minuman yang memabukkan, percakapanmu adalah dusta, rumahmu adalah tandas, perangkapmu adalah wanita, yang menyerumu, yang menyerumu (azanmu) adalah seruling dan rumah ibadatmu adalah pasar-pasar.")) [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu‘jam al-Kabīr dan Abu Nu’aim dalam al-Hilyah. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 1564, 6055].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman