Pertahankanlah kehormatan-kehormatan kamu

TEKS BAHASA ARAB

ذبوا عن أعراضكم بأموالكم.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Pertahankanlah kehormatan-kehormatan kamu dengan menggunakan harta-harta kamu.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī (m. 1380H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr, di halaman 38, hadis nombor 192. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

Hadith 'Aishah turut dikeluarkan oleh Abu Nu'aim dalam al-Tarikh dan al-Dailami dalam Musnad al-Firdaws. Dalam sanadnya terdapat al-Husain bin 'Ulwan, beliau terkenal sebagai antara pemalsu hadith. Hadith Abu Hurairah pula telah dikeluarkan juga oleh Hamzah bin Yusuf al-Sahmi dalam Tarikh Jurjan. Hadith tersebut terdapat baki lafaznya yang tidak disebutkan oleh penulis (al-Suyuti), iaitu: “Mereka berkata: “Bagaimana cara kami mempertahankan kehormatan-kehormatan kami dengan harta-harta kami?”, baginda menjawab: “Kamu memberikan (harta) kepada penyair dan orang yang kamu takut terhadap lidah-lidahnya”. Sepertinya penulis (al-Suyuti) dengan sengaja membuang penambahan ini kerana di dalamnya terdapat isyarat akan kepalsuannya bagi orang yang mempunya pengetahuan tentang hadith.

RUJUKAN

Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī. (2015). Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr (2nd ed.). Maktabah al-Qahirah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.


beacon

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs