Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
ذبوا عن أعراضكم بأمْوَالِكُمْ
Teks Bahasa Melayu
Pertahankanlah kehormatan-kehormatan kamu dengan menggunakan harta-harta kamu.
Sahabat Perawi
- 'Aishah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī (m. 1380H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Aḥmad bin al-Siddiq al-Ghumari (m. 1380H) dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul al-Mughir ‘ala al-Ahadith al-Mawdu‘ah fi al-Jami‘ al-Saghir, di halaman 38, hadis no. 192. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
Hadith 'Aishah turut dikeluarkan oleh Abu Nu'aim dalam al-Tarikh dan al-Dailami dalam Musnad al-Firdaws. Dalam sanadnya terdapat al-Husain bin 'Ulwan, beliau terkenal sebagai antara pemalsu hadith. Hadith Abu Hurairah pula telah dikeluarkan juga oleh Hamzah bin Yusuf al-Sahmi dalam Tarikh Jurjan. Hadith tersebut terdapat baki lafaznya yang tidak disebutkan oleh penulis (al-Suyuti), iaitu: "Mereka berkata: "Bagaimana cara kami mempertahankan kehormatan-kehormatan kami dengan harta-harta kami?", baginda menjawab: "Kamu memberikan (harta) kepada penyair dan orang yang kamu takut terhadap lidah-lidahnya". Sepertinya penulis (al-Suyuti) dengan sengaja membuang penambahan ini kerana di dalamnya terdapat isyarat akan kepalsuannya bagi orang yang mempunya pengetahuan tentang hadith.
Rujukan
Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī. (2015). Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr (2nd ed.). Maktabah al-Qahirah.
Makluman