Persaksian yang palsu itu adalah seumpama melakukan syirik kepada Allah

TEKS BAHASA ARAB

عدلت شهادة الزور بالإشراك بالله (ثلاث مرات)، ثم قرأ: " فاجتنبوا الرجس من الأوثان، واجتنبوا قول الزور حنفاء لله غير مشركين به.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Persaksian yang palsu itu adalah seumpama melakukan syirik kepada Allah (baginda mengucapkannya tiga kali), kemudian membaca: “Maka jauhilah kekotoran syirik yang disebabkan oleh penyembahan berhala, serta jauhilah perkataan yang dusta. Amalkanlah perkara-perkara itu dengan tulus ikhlas kepada Allah, serta tidak mempersekutukan sesuatu pun dengan-Nya.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 772, hadis nombor 3949. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن خريم بن فاتك -رضي الله عنه-، قال: صلى رسول الله ﷺ صلاة الصبح، فلما انصرف قام قائماً فقال: «عدلت شهادة الزور بالإشراك بالله (ثلاث مرات)، ثم قرأ: فاجتنبوا الرجس من الأوثان، واجتنبوا قول الزور حنفاء لله غير مشركين به». [د، ت، هـ، حم، «الضعيفة» (1110)].

(Lemah) Daripada Kharim bin Fatik RA berkata: Rasulullah SAW menunaikan solat Subuh. Selepas baginda bersurai, baginda berdiri dan bersabda: “Persaksian yang palsu itu adalah seumpama melakukan syirik kepada Allah (baginda mengucapkannya tiga kali), kemudian membaca: “Maka jauhilah kekotoran syirik yang disebabkan oleh penyembahan berhala, serta jauhilah perkataan yang dusta. Amalkanlah perkara-perkara itu dengan tulus ikhlas kepada Allah, serta tidak mempersekutukan sesuatu pun dengan-Nya.” [Riwayat Abu Daud dalam al-Sunan, al-Tirmizi dalam al-Sunan, Ibn Majah dalam al-Sunan, Ahmad bin Hanbal dalam al-Musnad. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 1110]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs