Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
عُدِلَتْ شهادَةُ الزورِ بالإشراكِ باللهِ ثلاثَ مرَّاتٍ ، ثُمَّ قرأَ : {فَاجْتَنِبُوا الرِّجْسَ مِنَ الأَوْثَانِ وَاجْتَنِبُوا قَوْلَ الزُّورِ حُنَفَاء لِلَّهِ غَيْرَ مُشْرِكِينَ بِهِ}.
Teks Bahasa Melayu
Persaksian yang palsu itu adalah seumpama melakukan syirik kepada Allah (3 kali), kemudian Baginda membaca: {Maka jauhilah kekotoran syirik yang disebabkan oleh penyembahan berhala, serta jauhilah perkataan yang dusta. Amalkanlah perkara-perkara itu dengan tulus ikhlas kepada Allah, serta tidak mempersekutukan sesuatu pun denganNya}.
Sahabat Perawi
- Kharim bin Fatik RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 772-773, hadis no. 3949. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن خريم بن فاتك -رضي الله عنه-، قال: صلى رسول الله ﷺ صلاة الصبح، فلما انصرف قام قائماً فقال: ((عدلت شهادة الزور بالإشراك بالله (ثلاث مرات) ، ثم قرأ: {فاجتنبوا الرجس من الأوثان، واجتنبوا قول الزور حنفاء لله غير مشركين به})). [د، ت، هـ، حم، ((الضعيفة)) (1110)].
(Lemah) Daripada Kharim bin Fatik RA berkata: Rasulullah SAW menunaikan solat Subuh, selepas baginda bersurai, baginda akan berdiri dan berkata: “Persaksian yang palsu itu adalah seumpama melakukan syirik kepada Allah (3 kali), kemudian membaca: “Maka jauhilah kekotoran syirik yang disebabkan oleh penyembahan berhala, serta jauhilah perkataan yang dusta. Amalkanlah perkara-perkara itu dengan tulus ikhlas kepada Allah, serta tidak mempersekutukan sesuatu pun denganNya.” [Riwayat Sunan Abi Daud, Sunan Tirmizi, Sunan Ibn Majah, Musnad Ahmad bin Hanbal. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 1110].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman