Persaksian orang-orang Islam terhadap satu sama lain diharuskan

TEKS BAHASA ARAB

شهادة المسلمين بعضهم على بعض جائزة، ولا تجوز شهادة العلماء بعضهم على بعض، لأنهم حسد.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Persaksian orang-orang Islam terhadap satu sama lain diharuskan dan tidak boleh persaksian para ulama terhadap satu sama lain kerana mereka merupakan para pendengki.

STATUS

Bukan hadis

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Mulla ‘Ali al-Qari (m. 1014H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Masnu‘ Fi Ma‘rifat al-Hadis al-Mawdu‘, di halaman 114, hadis nombor 166. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

ليس بحديث، وإسناده فاسد من وجوه كثيرة، كذا في ((اللآلىء)).

Bukan hadis, dan sanadnya rosak dari pelbagai wajah, sebagaimana dalam Kitab al-Laali’.

RUJUKAN

Mulla ‘Ali al-Qari. (1398H). Al-Masnu‘ Fi Ma‘rifat al-Hadis al-Mawdu‘ (‘Abd al-Fattah Abu Ghuddah, Ed.). Muassasah al-Risalah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.