TEKS BAHASA ARAB
أن النبي – صلى الله عليه وسلم – كان إذا حم؛ دعا بقربة من ماء، فأفرغها على قرنه، فاغتسل.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Pernah suatu ketika apabila Baginda ditimpa demam, Baginda meminta diberikan sekantung air, lalu dituangkan air tersebut ke atas kepala Baginda, kemudian Baginda pun mandi.
STATUS
Lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1180, hadis nombor 5974. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن سمرة بن جندب – رضي الله عنه – أن النبي – صلى الله عليه وسلم – كان إذا حم؛ دعا بقربة من ماء، فأفرغها على قرنه، فاغتسل. [الأنصاري في ((جزئه))، ك، ((الضعيفة)) (4184)]
(Lemah) Daripada Samurah bin Jundab RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Pernah suatu ketika apabila Baginda ditimpa demam, Baginda meminta diberikan sekantung air, lalu dituangkan air tersebut ke atas kepala Baginda, kemudian Baginda pun mandi. [Riwayat al-Ansari dalam Juzu`nya dan al-Hakim dalam al-Mustadrak. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 4184]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.