Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
كان النَّبيُّ صلَّى اللهُ عليه وسلَّم قاعدًا بعدَ المغرِبِ ومعه أصحابُه إذ مرَّتْ به رُفقةٌ يسيرونَ، سائقُهم يقرَأُ وقائدُهم يحدو فلمَّا رآهم رسولُ اللهِ صلَّى اللهُ عليه وسلَّم قام يُهَرْوِلُ بغيرِ رِداءٍ فقالوا يا رسولَ اللهِ نحنُ نكفيكَ فقال دعوني أُبلِّغُهم ما أُوحِي إليَّ في أمرِهم فلحِقهم فقال أينَ تُريدونَ في هذه السَّاعةِ؟ فإنَّ للهِ في السَّماءِ سُلطانًا عظيمًا يُوجِّهُه إلى الأرضِ فلا تسيروا ولا خُطوةً إلَّا ما يجِدُ الرَّجُلُ في بطنِه ومَثانتِه مِن البولِ الَّذي لا يجِدُ منه بُدًّا ثمَّ ولا خُطوةً وأمَّا أنتَ يا سائقَ القومِ فعليكَ ببعضِ كلامِ العرَبِ مِن رَجَزِها وإذا كُنْتَ راكبًا فاقرَأْ، وعليكم بالدُّلْجَةِ فإنَّ للهِ عزَّ وجلَّ ملائكةً مُوكَّلينَ يَطْوُونَ الأرضَ للمُسافرِ كما تُطوَى القَراطيسُ، وبعدَ الصُّبحِ يحمَدُ القومُ السُّرَى ولا يصحَبَنَّكم شاعرٌ ولا كاهنٌ، ولا يصحَبَنَّكم ضالَّةٌ، ولا ترُدُّوا سائلًا إنْ أرَدْتُم الرِّبحَ والسَّلامةَ وحُسْنَ الصَّحابةِ، فعجَبٌ لي كيفَ أنامُ حينَ تنامُ العُيونُ كلُّها؛ فإنَّ اللهَ عزَّ وجلَّ ورسولَه ينهاكم مِن المَسيرِ في هذه السَّاعةِ.
Teks Bahasa Melayu
Pernah suatu hari, Rasulullah SAW sedang duduk bersama para sahabat Baginda, selepas waktu Maghrib. Kemudian, ada segerombolan rombongan lalu di hadapan Baginda, penunjuk jalan rombongan itu membaca (sesuatu), pemimpin rombongan itu pula menyanyi. Ketika Rasulullah SAW melihat mereka, tanpa membuang masa Baginda segera bangkit dan berlari-lari anak bergegas menuju ke arah mereka. Lantas, para sahabat pun berkata: “Wahai Rasulullah, bertenanglah!” Baginda pun bersabda: “Biarkan aku menyampaikan kepada kalian, sesuatu yang telah diwahyukan kepadaku berkenaan urusan mereka.” Rasulullah pun menyertai rombongan mereka seraya bersabda lagi: “Ke mana sahaja kalian hendak pergi pada waktu begini? Sesungguhnya Allah itu empunya kekuasaan yang amat agung di langit yang Dia hubungkan dengan bumi, maka tidaklah kalian melakukan sebarang perjalanan atau sebarang langkah (yang jauh), melainkan ia hanya bahagian terkecil yang tidak dapat digapai, dari air kencing yang didapati seseorang di dalam perutnya atau pundi kencingnya, tiada juga sebarang langkah (sejauh mana pun, yang lebih besar daripada itu). Adapun engkau wahai pemandu jalan bagi rombongan ini, hendaklah engkau melantunkan sastera bangsa Arab yang asli berupa rajaz (syair-syairnya), sekiranya engkau dalam keadaan menunggang haiwan tunggangan, maka bacalah (sesuatu daripadanya). Hendaklah engkau memulakan perjalanan (permusafiran) pada malam hari, kerana sesungguhnya Allah SWT memiliki para malaikat-Nya yang telah ditugaskan, benar-benar melipat bumi bagi orang-orang yang bermusafir (pada waktu tersebut), sepertimana seseorang daripada kalian melipat kertas-kertas. Apabila selepas subuh, sesebuah rombongan itu pasti mendapati kebaikan berjalan pada malam hari, dan janganlah para penyair atau sekalian tukang tilik turut serta dalam rombongan kalian, jua orang-orang yang tidak tahu berkenaan urusan perjalanan (bakal tersesat). Janganlah kalian menolak sebarang permintaan sekiranya kalian mahukan keuntungan, keselamatan serta kebaikan dalam persahabatan. Sungguh aku berasa takjub, bagaimana aku boleh tidur ketika orang lain kesemuanya sedang tidur, kerana sesungguhnya Allah dan Rasul-Nya telah melarangkan kalian untuk melakukan sebarang perjalanan pada waktu sebegini.”
Sahabat Perawi
- Abu Hurairah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1033, hadis no. 5293. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر) عن أبي هريرة - رضي الله عنه - قال: كان النبي - صلى الله عليه وسلم - قاعدا بعد المغرب ومعه أصحابه، إذ مرت به رفقة يسيرون، سائقهم يقرأ، وقائدهم يحدو، فلما رآهم رسول الله - صلى الله عليه وسلم -، قام يهرول بغير رداء، فقالوا: يا رسول الله نكفيك! فقال: ((دعوني أبلغهم ما أوحي إلي في أمرهم)). فلحقهم، فقال: ((أين تريدون في هذه الساعة؟ فإن الله في السماء سلطانا عظيما يوجهه إلى الأرض، فلا تسيروا ولا خطوة، إلا ما يجد الرجل في بطنه ومثانته من البول الذي لا يجد منه بدا، ثم ولا خطوة، وأما أنت يا سائق القوم! فعليك ببعض كلام العرب من رجزها، وإذا كنت راكبا، فاقرأ، وعليكم بالدلجة، فإن لله - عزوجل - ملائكة موكلين يطوون الأرض للمسافر؛ كما تطوى القراطيس، وبعد الصبح يحمد القوم السرى، ولا يصحبنكم شاعر ولا كاهن، ولا يسحبنكم ضالة، ولا تردوا سائلا إن أردتم الربح والسلامة وحسن الصحابة، فعجب لي كيف أنام حين تنام العيون كلها؛ فإن الله ورسوله ينهاكم عن المسير في هذه الساعة)). [طس، ((الضعيفة)) (6847)].
(Munkar) Daripada Abu Hurayrah RA (beliau) berkata: “Pernah suatu hari, Rasulullah SAW sedang duduk bersama para sahabat Baginda, selepas waktu Maghrib. Kemudian, ada segerombolan rombongan lalu di hadapan Baginda, penunjuk jalan rombongan itu membaca (sesuatu), pemimpin rombongan itu pula menyanyi. Ketika Rasulullah SAW melihat mereka, tanpa membuang masa Baginda segera bangkit dan berlari-lari anak bergegas menuju ke arah mereka. Lantas, para sahabat pun berkata: “Wahai Rasulullah, bertenanglah!” Baginda pun bersabda: “Biarkan aku menyampaikan kepada kalian, sesuatu yang telah diwahyukan kepadaku berkenaan urusan mereka.” Rasulullah pun menyertai rombongan mereka seraya bersabda lagi: “Ke mana sahaja kalian hendak pergi pada waktu begini? Sesungguhnya Allah itu empunya kekuasaan yang amat agung di langit yang Dia hubungkan dengan bumi, maka tidaklah kalian melakukan sebarang perjalanan atau sebarang langkah (yang jauh), melainkan ia hanya bahagian terkecil yang tidak dapat digapai, dari air kencing yang didapati seseorang di dalam perutnya atau pundi kencingnya, tiada juga sebarang langkah (sejauh mana pun, yang lebih besar daripada itu). Adapun engkau wahai pemandu jalan bagi rombongan ini, hendaklah engkau melantunkan sastera bangsa Arab yang asli berupa rajaz (syair-syairnya), sekiranya engkau dalam keadaan menunggang haiwan tunggangan, maka bacalah (sesuatu daripadanya). Hendaklah engkau memulakan perjalanan (permusafiran) pada malam hari, kerana sesungguhnya Allah SWT memiliki para malaikat-Nya yang telah ditugaskan, benar-benar melipat bumi bagi orang-orang yang bermusafir (pada waktu tersebut), sepertimana seseorang daripada kalian melipat kertas-kertas. Apabila selepas subuh, sesebuah rombongan itu pasti mendapati kebaikan berjalan pada malam hari, dan janganlah para penyair atau sekalian tukang tilik turut serta dalam rombongan kalian, jua orang-orang yang tidak tahu berkenaan urusan perjalanan (bakal tersesat). Janganlah kalian menolak sebarang permintaan sekiranya kalian mahukan keuntungan, keselamatan serta kebaikan dalam persahabatan. Sungguh aku berasa takjub, bagaimana aku boleh tidur ketika orang lain kesemuanya sedang tidur, kerana sesungguhnya Allah dan Rasul-Nya telah melarangkan kalian untuk melakukan sebarang perjalanan pada waktu sebegini.” [Riwayat al-Tabarani dalam Mu’jam al-Awsat. Lihat Silsilah al-Da’ifah; no. 6847].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman