Pernah Rasulullah SAW apabila turun singgah di suatu persinggahan dalam permusafiran

TEKS BAHASA ARAB

كان – صلى الله عليه وسلم ‌- إذا نزل منزلا في سفر، أو أدخل بيته لم يجلس حتى يركع ركعتين.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Pernah Rasulullah SAW apabila turun singgah di suatu persinggahan dalam permusafiran atau masuk ke rumah Baginda, Baginda tidak akan duduk sehingga selesai solat dua rakaat.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 981, hadis nombor 5056. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن فضالة بن عبيد – رضي الله عنه – قال: كان – صلى الله عليه وسلم ‌- إذا ‌نزل منزلا في سفر، أو أدخل بيته لم يجلس حتى يركع ركعتين. [طب، ((الضعيفة)) (1048)]

(Sangat Lemah) Daripada Fadhalah bin Ubaid RA berkata: Pernah Rasulullah SAW apabila turun singgah di suatu persinggahan dalam permusafiran atau masuk ke rumah Baginda, Baginda tidak akan duduk sehingga selesai solat dua rakaat. [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir. Lihat al-Silsilah Ḍa‘īfah, no. 1048]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs