Pernah bagi sekumpulan sahabat Rasulullah SAW pintu-pintu menghala ke masjid

TEKS BAHASA ARAB

كان لنفر من أصحاب رسول الله – صلى الله عليه وسلم – أبواب شارعة في المسجد. قال: فقال يوماً: ((سدوا هذه الأبواب إلا باب علي)). قال: فتكلم في ذلك الناس. قال: فقام رسول الله صلى الله عليه وسلم، فحمد الله وأثنى عليه، ثم قال: ((أما بعد؛ فإني أمرت بسد هذه الأبواب؛ إلا باب علي وقال فيه قائلكم. وإني – والله! – ما سددت شيئاً ولا فتحته؛ ولكني أمرت بشيء فاتبعته)).

TEKS BAHASA MALAYSIA

Pernah bagi sekumpulan sahabat Rasulullah SAW pintu-pintu menghala ke masjid. Dia (Zaid) berkata bahawa Rasulullah pernah berkata pada suatu hari: “sekatlah pintu – intu ini kecuali pintu ‘Ali”. Zaid berkata: Oleh itu, orang ramai membicarakan tentangnya. Rasulullah pun bangkit berdiri lalu memuji Allah, lalu Baginda bersabda: “Aku telah memerintahkan agar pintu-pintu ini disekat kecuali pintu ‘Ali kemudian kalian membicarakannya. Sesungguhnya aku – Demi Allah – aku tidak menutup dan membuka sesuatu, melainkan ia diperintahkan kepadaku, maka aku laksanakan perintah tersebut)).

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1860, hadis nombor 9385. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن زيد بن أرقم – رضي الله عنه – كان لنفر من أصحاب رسول الله – صلى الله عليه وسلم – أبواب شارعة في المسجد. قال: فقال يوماً: ((سدوا هذه الأبواب إلا باب علي)). قال: فتكلم في ذلك الناس. قال: فقام رسول الله صلى الله عليه وسلم، فحمد الله وأثنى عليه، ثم قال: ((أما بعد؛ فإني أمرت بسد هذه الأبواب؛ إلا باب علي وقال فيه قائلكم. وإني – والله! – ما سددت شيئاً ولا فتحته؛ ولكني أمرت بشيء فاتبعته)). [ن في ((الخصائص))، حم، ك ، ابن عساكر، ((الضعيفة)) (4953)]

(Lemah) Daripada Zaid bin Arqam RA: Pernah bagi sekumpulan sahabat Rasulullah SAW pintu-pintu menghala ke masjid. Dia (Zaid) berkata, bahawa Rasulullah pernah bersabda pada suatu hari: “Sekatlah pintu-pintu ini kecuali pintu ‘Ali.” Zaid berkata: "Oleh itu, orang ramai membicarakan tentangnya." Rasulullah pun bangkit berdiri lalu memuji Allah. Lalu baginda bersabda: “Aku telah memerintahkan agar pintu-pintu ini disekat kecuali pintu ‘Ali kemudian kalian membicarakannya. Sesungguhnya aku – demi Allah – aku tidak menutup dan membuka sesuatu, melainkan ia diperintahkan kepadaku, maka aku laksanakan perintah tersebut." [Riwayat Nasa'i dalam Khasais, Imam Ahmad dalam (al-Musnad), al-Hakim dan Ibn ‘Asakir. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no.4953]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs