Tidak Ditemui

30/06/2024

minit bacaan



Permusuhan itu pada keluarga, hasad itu pada jiran-jiran

Teks Bahasa Arab

الْعَدَاوَةُ فِي الأَهْلِ, وَالْحَسَدُ فِي الْجِيرَانِ, وَالْمَنْفَعَةُ فِي الإِخْوَانِ.

Teks Bahasa Melayu

Permusuhan itu pada keluarga, hasad itu pada jiran-jiran dan manfaat itu pada teman-teman.

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Mulla ‘Ali al-Qari (m. 1014H)

Status

Tidak Ditemui

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Mulla ‘Ali al-Qari (m. 1014H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Masnu‘ Fi Ma‘rifat al-Hadis al-Mawdu‘, di halaman 122, hadis no. 188. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

قال السخاوي: لم أقف عليه.

Al-Sakhawi telah berkata: Aku tidak pernah menemuinya.

Rujukan

Mulla ‘Ali al-Qari. (1398H). Al-Masnu‘ Fi Ma‘rifat al-Hadis al-Mawdu‘ (‘Abd al-Fattah Abu Ghuddah, Ed.). Muassasah al-Risalah.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.