TEKS BAHASA ARAB
حديث: العداوة في القرابة، والحسد في الجيران، والمنفعة في الإخوان.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Hadith: Permusuhan itu berlaku pada ahli keluarga, hasad dengki pula berlaku pada jiran-jiran. Manakala manfaat berlaku pada teman-teman.
STATUS
Tidak ditemui
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji (m.1305H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan tiada asalnya beliau berjudul Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’, di halaman 324, hadis nombor 118. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
قال السخاوي: لم أقف عليه حديثا.
Al-Sakhawi berkata: Aku tidak pernah menemui ucapan ini sebagai hadith.
RUJUKAN
Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji. (1415H). Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’ (Fawwaz Ahmad Zamrali, Ed.). Dar al-Basha’ir.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.