Lemah

30/06/2024

minit bacaan



Permusafiran di jalan Allah adalah lebih baik daripada 50 kali menunaikan haji

Teks Bahasa Arab

لَسفرةٌ في سَبيلِ اللَّهِ خيرٌ مِن خَمسينَ حَجَّةً.

Teks Bahasa Melayu

Permusafiran di jalan Allah adalah lebih baik daripada 50 kali menunaikan haji.

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1017, hadis no. 5233. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أبي معن صاحب الإسكندرية قال قال رسول الله ﷺ: لسفرة في سبيل الله خير من خمسين حجة. [الرافعي في الشرح الكبير, الضعيفة (5910)]

(Lemah) Daripada Abu Ma’an, penguasa Iskandariah, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: Permusafiran di jalan Allah adalah lebih baik daripada 50 kali menunaikan haji. (Riwayat Al-Rafi’iy dalam Sharh al-Kabir. Lihat Sisilah al-Dha’ifah no. 5910]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.