Permulaan bagi setiap doa Rasulullah SAW

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

ما سمعت رسول الله يستفتح الدعاء إلا استفتحه بـ: سبحان ربي الأعلى الوهاب.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Tidak pernah aku dengan Rasulullah SAW memulakan doa melainkan Baginda mulakan dengan: Maha suci Tuhanku yang Maha Tinggi lagi Maha Pemberi.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1426 – 1427, hadis nombor 7247. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن سلمة بن الأكوع الأسلمي رضي الله عنه، قال: ما سمعت رسول الله يستفتح الدعاء إلا استفتحه بـ: سبحان ربي الأعلى الوهاب.
[ك، ش، حم، ((الضعيفة)) (1566)]

(Lemah)
Daripada Salamah bin al-Akwa’ al-Aslami RA, katanya: Tidak pernah aku dengan Rasulullah SAW memulakan doa melainkan Baginda mulakan dengan: Maha suci Tuhanku yang Maha Tinggi lagi Maha Pemberi.
[Riwayat al-Hakim dalam al-Mustadrak, Ibn Abi Shaybah dalam al-Musannaf dan Ahmad dalam al-Musnad. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 1566]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.