Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
ما سمعت رسول الله يَسْتَفْتِحُ الدُّعَاءَ إِلَّا يَسْتَفْتِحُهُ بِـ: سُبْحَانَ رَبِّي الْأَعْلَى الْوَهَّابِ
Teks Bahasa Melayu
Tidak pernah aku dengan Rasulullah SAW memulakan doa melainkan Baginda mulakan dengan: Maha suci Tuhanku yang Maha Tinggi lagi Maha Pemberi.
Sahabat Perawi
- Salamah bin al-Akwa' al-Aslami RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1426 - 1427, hadis no. 7247. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن سلمة بن الأكوع الأسلمي رضي الله عنه، قال: ما سمعت رسول الله يستفتح الدعاء إلا استفتحه بـ: سبحان ربي الأعلى الوهاب. [ك، ش، حم، ((الضعيفة)) (1566)]
(Lemah) Daripada Salamah bin al-Akwa' al-Aslami RA, katanya: Tidak pernah aku dengan Rasulullah SAW memulakan doa melainkan Baginda mulakan dengan: Maha suci Tuhanku yang Maha Tinggi lagi Maha Pemberi. [Riwayat al-Hakim dalam al-Mustadrak, Ibn Abi Shaybah dalam al-Musannaf dan Ahmad dalam al-Musnad. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 1566]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman