Permulaan (10 hari yang pertama) pada bulan Ramadan adalah rahmat

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

أول شهر رمضان رحمة وأوسطه مغفرة وآخره عتق من النار.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Permulaan (10 hari yang pertama) pada bulan Ramadan adalah rahmat, pertengahannya (10 hari yang kedua) itu adalah pengampunan dan pada akhirnya (10 hari yang terakhir) itu adalah pembebasan daripada api neraka.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1134, hadis nombor 5721. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر)
عن أبي هريرة -رضي الله عنه-، قال: قال رسول الله ﷺ: «أول شهر رمضان رحمة وأوسطه مغفرة وآخره عتق من النار».
[عق، عد، فر، الخطيب في «الموضح»، ابن عساكر، «الضعيفة» (1569)].

(Munkar)
Daripada Abu Hurairah RA beliau berkata: Rasulullah SAW telah bersabda: "Permulaan (10 hari yang pertama) pada bulan Ramadan adalah rahmat, pertengahannya (10 hari yang kedua) itu adalah pengampunan dan pada akhirnya (10 hari yang terakhir) itu adalah pembebasan daripada api neraka."
[Riwayat Al-‘Uqaili dalam al-Dhu’afa al-Kabir, Ibn Adi dalam al-Kamil fi al-Dhu’afa, al-Dailami dalam Musnad al-Firdaws, al-Khatib dalam al-Muwaddhih dan Ibn Asakir. Lihat Silsilah al-Da‘ifah, no. 1569].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.