Permudahkanlah dalam urusan mahar

TEKS BAHASA ARAB

تياسروا في الصداق؛ إن الرجل يعطي المرأة حتى يبقى ذلك في نفسه عليها حسيكة، وحتى يقول: ما جئتك حتى سقت إليك علق القربة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Permudahkanlah dalam urusan mahar, sesunggguhnya seorang lelaki yang memberi kepada wanita wujud di dalam dirinya dendam, sehingga berkata; aku tidak datang kepada engkau melainkan setelah aku membawa harta untuk aku menjalinkan hubungan kekeluargaan.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 944, hadis nombor 4865. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن أبي الحسين – رضي الله عنهما-، أن النبي – صلى الله عليه وسلم – قال: ((تياسروا في الصداق؛ إن الرجل يعطي المرأة حتى يبقى ذلك في نفسه عليها حسيكة، وحتى يقول: ما جئتك حتى سقت إليك علق القربة)).
[عب، ((الضعيفة)) (4857)].

(Lemah)
Daripada Abu al-Khusain RA, bahawa sesungguhnya Nabi SAW telah bersabda: Permudahkanlah dalam urusan mahar, sesunggguhnya seorang lelaki yang memberi kepada wanita wujud di dalam dirinya dendam, sehingga berkata; aku tidak datang kepada engkau melainkan setelah aku membawa harta untuk aku menjalinkan hubungan kekeluargaan.
[Riwayat Abdul Razak di dalam al-Musannaf. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no.4857].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs