Permudahkanlah cara kamu mendapat rezeki dengan bersedekah

TEKS BAHASA ARAB

استعينوا ‌على ‌الرزق بالصدقة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Permudahkanlah cara kamu mendapat rezeki dengan bersedekah.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 606, hadis nombor 3140. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن بكر بن عبد الله المزني عن أبيه – رضي الله عنه – مرفوعا: ((استعينوا ‌على ‌الرزق بالصدقة)). [فر، ((الضعيفة))(2754)].

(Lemah)
Daripada Bakr bin Abdullah al-Muzani daripada ayahnya RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW):((Permudahkanlah cara kamu mendapat rezeki dengan bersedekah.))
[Riwayat al-Dailami dalam al-Firdaus. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 2754].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.