Munkar Dengan Selengkap Ini

30/06/2024

minit bacaan



Permintaan orang kaya adalah keaiban di wajahnya

Teks Bahasa Arab

مسألةُ الغَنيِّ شينٌ في وجْهِهِ، ومسألةُ الغنيِّ نارٌ، إن أُعطي قليلًا فقليلٌ، وإن أعطي كثيرًا فَكثيرٌ.

Teks Bahasa Melayu

Permintaan orang kaya adalah keaiban di wajahnya dan permintaan orang kaya adalah api. Jika diberikan sedikit maka sedikitlah. Jika diberikan banyak maka banyaklah.

Sahabat Perawi

  1. Imran bin Husain RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Munkar Dengan Selengkap Ini

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1914, hadis no. 9616. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر بهذا التمام) عن عمران بن حصين رضي الله عنه قال: قال رسول الله ﷺ: مسألة الغني شَين في وجهه، ومسألة الغني نار إن أُعطي قليلاً فقليل، وإن أُعطي كَثِيرًا فَكَثِير. [البزار، أبو الشيخ في ((الأقران))، طب، ((الضعيفة)) (5552)]

(Munkar Dengan Selengkap Ini) Daripada Imran Bin Husain RA, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: Permintaan orang kaya adalah keaiban di wajahnya dan permintaan orang kaya adalah api. Jika diberikan sedikit maka sedikitlah. Jika diberikan banyak maka banyaklah. [Riwayat al-Bazzar, Abu al-Syeikh dalam al-Aqran dan al-Tabarani dalam al-Mu‘jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 5552]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.