Lemah

30/06/2024

minit bacaan



Perlumbaan kuda itu halal

Teks Bahasa Arab

رِهانُ الخيلِ طَلْقٌ. يعني: حلالٌ.

Teks Bahasa Melayu

Perlumbaan kuda itu Tilq. Iaitu: Halal.

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 789, hadis no. 4055. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن عبيدة أو حميدة، وعمر بن عبدالله بن أبي طلحة، قالا: قال رسول الله ﷺ: رهان ‌الخيل ‌طلق. يعني: حلال. [الرافعي، (الضعيفة) (3256)]

(Lemah) Daripada 'Ubaidah atau Humaidah dan 'Umar bin Abdullah bin Abi Talhah berkata: Rasulullah SAW bersabda: Perlumbaan kuda itu Tilq. Iaitu: Halal. [Riwayat al-Rafi’i dalam Tarikh Qazwin. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 3256]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.