Perlelokkanlah akhlakmu walaupun bersama orang-orang kafir

TEKS BAHASA ARAB

أوحى الله عز وجل إلى إبراهيم عليه السلام: يا خليلي! حسن خلقك ولو مع الكفار؛ تدخل مداخل الأبرار، فإن كلمتي سبقت لمن حسن خلقه: أن أظله تحت عرشي، وأن أسقيه من حظيرة قدسي، وأن أدنيه من جواري


TEKS BAHASA MALAYSIA

Allah azza wa jalla telah mewahyukan kepada Ibrahim AS: Wahai kekasihku! Perlelokkanlah akhlakmu walaupun bersama orang-orang kafir, kamu akan masuk ke pintu-pintu orang yang baik. Maka sesungguhnya ucapan-Ku mendahului sesiapa yang baik akhlaknya: Akan aku meneduhnya bawah ‘arasy-Ku dan akan Aku memberinya minum daripada takungan kesucian-Ku dan akan Aku mendekatkannya dekat dengan-Ku.


STATUS

Lemah


KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1683-1684, hadis nombor 8488. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat ringkas tentang hadis Abu Hurairah RA ini yang terdapat dalam kitab ini:

Riwayat Abu Nu’aim dalam Arba’in al-Sufiah, Ibn Asakir, Abu Muti’ al-Misriy dalam al-Amali, al-Asbahani, al-Rafi’i dan Al-Sulami dalam al-Arba’in Fi Akhlak al-Sufiah.

Ia dinilai lemah oleh al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.


MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 


Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.


beacon

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs