Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
أوحى الله عز وجل إلى إبراهيم عليه السلام: يا خليلي! حسن خلقك ولو مع الكفار؛ تدخل مداخل الأبرار، فإن كلمتي سبقت لمن حسن خلقه: أن أظله تحت عرشي، وأن أسقيه من حظيرة قدسي، وأن أدنيه من جواري
Teks Bahasa Melayu
Allah azza wa jalla telah mewahyukan kepada Ibrahim AS: Wahai kekasihku! Perlelokkanlah akhlakmu walaupun bersama orang-orang kafir, kamu akan masuk ke pintu-pintu orang yang baik. Maka sesungguhnya ucapan-Ku mendahului sesiapa yang baik akhlaknya: Akan aku meneduhnya bawah ‘arasy-Ku dan akan Aku memberinya minum daripada takungan kesucian-Ku dan akan Aku mendekatkannya dekat dengan-Ku.
Sahabat Perawi
- Abu Hurairah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1683-1684, hadis no. 8488. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
Riwayat Abu Nu’aim dalam Arba’in al-Sufiah, Ibn Asakir, Abu Muti’ al-Misriy dalam al-Amali, al-Asbahani, al-Rafi’i dan Al-Sulami dalam al-Arba’in Fi Akhlak al-Sufiah
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman