Perlakukanlah kepada orang yang telah mati dalam kalangan kalian sebagaimana kalian lakukan terhadap pengantin

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

افعلوا بميتكم ما تفعلون بعروسكم.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Perlakukanlah kepada orang yang telah mati dalam kalangan kalian sebagaimana kalian lakukan terhadap pengantin dalam kalangan kalian.

STATUS

Tiada asal baginya

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1773, hadis nombor 8925. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(لا أصل له) قال صلى الله عليه وسلم: ((افعلوا بميتكم ما تفعلون بعروسكم)). [((الضعيفة)) (6611)]

(Tiada asal baginya) Nabi SAW bersabda: Perlakukanlah kepada orang yang telah mati dalam kalangan kalian sebagaimana kalian lakukan terhadap pengantin dalam kalangan kalian. [Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 6611]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.