Tiada Asal Baginya
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
افعلوا بِمَيِّتِكُمْ ما تفعلونَ بِعَرُوسِكُمْ.
Teks Bahasa Melayu
Perlakukanlah kepada orang yang telah mati dalam kalangan kalian sebagaimana kalian lakukan terhadap pengantin dalam kalangan kalian.
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Tiada Asal Baginya
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1773, hadis no. 8925. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(لا أصل له) قال صلى الله عليه وسلم: ((افعلوا بميتكم ما تفعلون بعروسكم)). [((الضعيفة))(6611)].
(Tiada Asal Baginya) Nabi SAW bersabda: Perlakukanlah kepada orang yang telah mati dalam kalangan kalian sebagaimana kalian lakukan terhadap pengantin dalam kalangan kalian. [Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 6611]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman