Sangat lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
مقبرةٌ بغربي المدينةِ؛ يقرضُها السيلُ يسًارا، يبعث منها كذا وكذا؛ لا حسابَ عليهم.
Teks Bahasa Melayu
Perkuburan di barat Madinah, yang mana ia dipisahkan oleh banjir pada sebelah kiri, akan dibangkitkan daripada perkuburan tersebut sekian sekian. Tidak ada hisab ke atas mereka.
Sahabat Perawi
- Abu Hurairah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Sangat lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1897, hadis no. 9539. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جدا) عن أبي هريرة رضي الله عنه قال: قال رسول الله ﷺ: مقبرة بغربي المدينة؛ يقرضها السيل يساراً، يبعث منها كذا وكذا؛ لا حساب عليهم. [ابن شبة، ((الضعيفة)) (5492)]
(Sangat Lemah) Daripada Abu Hurairah RA, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: Perkuburan di barat Madinah, yang mana ia dipisahkan oleh banjir pada sebelah kiri, akan dibangkitkan daripada perkuburan tersebut sekian sekian. Tidak ada hisab ke atas mereka. [Riwayat Ibn Shabbah. Lihat Sisilah al-Da’ifah, no. 5492]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman