Perkuburan di bahagian barat Madinah

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

مقبرة بغربي المدينة؛ يقرضها السيل يسارا، يبعث منها كذا وكذا؛ لا حساب عليهم.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Perkuburan di bahagian barat Madinah, banjir mengalir melaluinya ke sebelah kiri. Akan dibangkitkan daripada perkuburan itu orang sekian sekian, mereka tidak dihisab.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1356, hadis nombor 6919. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا)
عن أبي هريرة رضي الله عنه، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: مقبرة بغربي المدينة؛ يقرضها السيل يسارا، يبعث منها كذا وكذا؛ لا حساب عليهم.
[ابن شبة، ((الضعيفة)) (5492)]

(Sangat lemah)
Daripada Abi Hurairah RA telah berkata: Rasulullah SAW bersabda: Perkuburan di bahagian barat Madinah, banjir mengalir melaluinya ke sebelah kiri. Akan dibangkitkan daripada perkuburan itu orang sekian sekian, mereka tidak dihisab.
[Riwayat Ibn Abi Shabbah. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 5492]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.