Sangat lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
مَقْبرةٌ بِغَرْبِي المدينةِ؛ يَقْرِضُها السَّيْلُ يسًارا، يُبْعَث منها كذا وكذا؛ لا حسابَ عليهم.
Teks Bahasa Melayu
Perkuburan di bahagian barat Madinah, banjir mengalir melaluinya ke sebelah kiri. Akan dibangkitkan daripada perkuburan itu orang sekian sekian, mereka tidak dihisab.
Sahabat Perawi
- Abu Hurairah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Sangat lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1356, hadis no. 6919. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(Sangat lemah) Daripada Abi Hurairah RA telah berkata: Rasulullah SAW bersabda: Perkuburan di bahagian barat Madinah, banjir mengalir melaluinya ke sebelah kiri. Akan dibangkitkan daripada perkuburan itu orang sekian sekian, mereka tidak dihisab. [Riwayat Ibn Abi Shabbah. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 5492]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman