TEKS BAHASA ARAB
افتحوا على صبيانكم أوَّل كلمة بـ: (لا إله إلا الله)، ولَقِّنوهم عند الموت: (لا إله إلا الله)، فإنه من كان أول كلامه: (لا إله إلا الله)، وآخرُ كلامه: (لا إله إلا الله) ثم عاش ألف سنة؛ ما سُئِل عن ذنب واحد.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Perkenalkanlah bayi-bayi kalian dengan kalimah: Tiada Tuhan melainkan Allah. Talqinkanlah mereka ketika hampir mati: Tiada Tuhan melainkan Allah. Ini kerana, barang siapa yang awal kalimahnya: Tiada Tuhan melainkan Allah, dan akhir kalimahnya: Tiada Tuhan melainkan Allah. Kemudian dia hidup selama 1000 tahun, maka tidak akan ditanya tentang satu pun dosanya.
STATUS
Batil
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1762, hadis nombor 8874. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(باطل) عن ابن عباس -رضي الله عنهما-، عن النبي -صلى الله عليه وسلم- قال: ((افتحوا على صبيانكم أوَّل كلمة بـ: (لا إله إلا الله)، ولَقِّنوهم عند الموت: (لا إله إلا الله) ؛ فإنه من كان أول كلامه (لا إله إلا الله) ، وآخرُ كلامه (لا إله إلا الله) ثم عاش ألف سنة؛ ما سُئِل عن ذنب واحد.)) [هب، ((الضعيفة)) (6164)].
(Batil)
Daripada Abdullah bin Abbas RA, daripada Nabi SAW, baginda : ((Perkenalkanlah bayi-bayi kalian dengan kalimah: ‘Tiada Tuhan melainkan Allah’. Talqinkanlah mereka ketika hampir mati: ‘Tiada Tuhan melainkan Allah’. Ini kerana, barang siapa yang awal kalimahnya: ‘Tiada Tuhan melainkan Allah’, dan akhir kalimahnya: ‘Tiada Tuhan melainkan Allah’. Kemudian dia hidup selama 1000 tahun, maka dia tidak akan ditanya tentang satu pun daripada dosanya.))
[Riwayat al-Baihaqi dalam Shu’ab al-Iman. Lihat Silsilah al-Da’ifah no. 6146].
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.