Sangat Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
أملِكوا العجينَ؛ فإنَّه أعظمُ للبركةِ.
Teks Bahasa Melayu
Perkemaskanlah ulian tepung kalian kerana demikian lebih besar untuk keberkatan.
Sahabat Perawi
- Anas bin Malik RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Sangat Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 393, hadis no. 2095. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر جدا) عن أنس - رضي الله عنه - مرفوعا: «أملكوا العجين؛ فإنه أعظم للبركة». [عد، «الضعيفة» (1825)].
(Sangat Munkar) Daripada Anas RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi ﷺ): "Perkemaskanlah ulian tepung kalian kerana demikian lebih besar untuk keberkatan". [Riwayat Ibn ‘Adi dalam al-Kamil. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 1825].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman