Munkar Mauquf
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
كَلِمَاتٌ مَنْ ذَكَرَهُنَّ مِائَةَ مَرَّةٍ دُبُرَ كُلِّ صَلَاةٍ: اللَّهُ أَكْبَرُ، سُبْحَانَ اللَّهِ، وَالْحَمْدُ لِلَّهِ، وَلَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ، وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ، وَلَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللَّهِ، ثُمَّ لَوْ كَانَتْ خَطَايَاهُ مِثْلَ زَبَدِ الْبَحْرِ، لَمَحَتْهُنَّ. لَمْ يَرْفَعْهُ.
Teks Bahasa Melayu
Barang siapa yang membaca perkataan ini seratus kali selepas solat: "Allah Maha Besar, Maha Suci Allah, segala puji bagi Allah, Tiada Tuhan melainkan Allah yang esa tiada sekutu bagi-Nya, dan tiada daya dan upaya melainkan dengan kekuasaan Allah", jika dosa-dosanya seperti bebuih di lautan, maka akan dipadamkannya.
Sahabat Perawi
- Abu Dzar RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar Mauquf
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1606, hadis no. 8100. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(Munkar Mawquf) Daripada Abi Dzar RA, beliau berkata: ((Barang siapa yang membaca perkataan ini seratus kali selepas solat: "Allah Maha Besar, Maha Suci Allah, segala puji bagi Allah, Tiada Tuhan melainkan Allah yang esa tiada sekutu bagi-Nya, dan tiada daya dan upaya melainkan dengan kekuasaan Allah", jika dosa-dosanya seperti bebuih di lautan, maka akan dipadamkannya.)) [Riwayat Ahmad dalam Musnadnya. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6851).
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman