Perkara yang sangat memudahkan aku menghadapi kematian

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

إنه ليهَون علي الموت أني أريتك زوجتي في الجنة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Perkara yang sangat memudahkan aku menghadapi kematian adalah aku diperlihatkan tentang kamu wahai isteriku yang berada di syurga.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1926 hadis nombor 9669. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن عائشة رضي الله عنها قالت: قال رسول الله ﷺ: إنه ليهَون علي الموت أني أريتك زوجتي في الجنة.
[أبو حنيفة في ((مسنده))، طب، أبو يوسف في ((الآثار))، ((الضعيفة)) (6011)]

(Lemah)
Daripada ‘Aishah RA, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: Perkara yang sangat memudahkan aku menghadapi kematian adalah aku diperlihatkan tentang kamu wahai isteriku yang berada di syurga.
[Riwayat Abu Hanifah dalam Musnadnya, al-Tabarani dalam Mu’jam al-Kabir, Abu Yusuf dalam al-Athari. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6011]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia Sdn Bhd, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.