Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إِنَّهُ لَيُهَوِّنُ عَلَيَّ الْمَوْتَ إِنِّي أُرِيتُكِ زَوْجَتِي فِي الْجَنَّةِ.
Teks Bahasa Melayu
Perkara yang sangat memudahkan aku menghadapi kematian adalah aku diperlihatkan tentang kamu wahai isteriku yang berada di syurga.
Sahabat Perawi
- ‘Aishah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1926, hadis no. 9669. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن عائشة رضي الله عنها قالت: قال رسول الله ﷺ: إنه ليهَون علي الموت أني أريتك زوجتي في الجنة. [أبو حنيفة في ((مسنده))، طب، أبو يوسف في ((الآثار))، ((الضعيفة)) (6011)]
(Lemah) Daripada ‘Aishah RA, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: Perkara yang sangat memudahkan aku menghadapi kematian adalah aku diperlihatkan tentang kamu wahai isteriku yang berada di syurga. [Riwayat Abu Hanifah dalam Musnadnya, al-Tabarani dalam Mu’jam al-Kabir, Abu Yusuf dalam al-Athari. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6011]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman