Perkara yang paling sedikit dijumpai pada akhir zaman dalam umatku adalah dirham dari sumber yang halal atau seorang saudara yang dipercayai

TEKS BAHASA ARAB

أقل ما يوجد في آخر الزمان ‌في أمتي درهم ‌من ‌حلال، أو أخ يوثق به.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Perkara yang paling sedikit dijumpai pada akhir zaman dalam umatku adalah dirham dari (sumber) yang halal atau seorang saudara yang dipercayai.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 606, hadis nombor 3144. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن ابن عمر -رضي الله عنهما – رفعه: ((أقل ما يوجد في آخر الزمان في أمتي ‌درهم ‌من ‌حلال، أو أخ يوثق به)). [عد، ((الضعيفة)) (2867)].

(Sangat lemah)
Daripada Ibn Umar RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): ((Perkara yang paling sedikit dijumpai pada akhir zaman dalam umatku adalah dirham dari (sumber) yang halal atau seorang saudara yang dipercayai.))
[Riwayat Ibn ‘Adi dalam al-Kamil fi al-Dhu'afa’. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 2867].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.