Perkara yang paling disukai oleh Allah ialah satu golongan pengembara

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

أحب شيء إلى الله تعالى الغرباء، قيل: ومن الغرباء؟ قال: الفرارون بدينهم، يبعثهم الله يوم القيامة مع عيسى ابن مريم عليهما السلام.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Perkara yang paling disukai oleh Allah ialah satu golongan pengembara. Ditanya: Siapakah para pengembara ini? Baginda menjawab: Mereka yang melarikan diri dengan agama mereka. Allah akan membangkitkan mereka bersama Nabi Isa bin Maryam AS pada hari kiamat.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 456, hadis nombor 2440. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن عبد الله بن عمرو – رضي الله عنهما – قال: قال رسول الله ﷺ: «أحب شيء إلى الله تعالى الغرباء، قيل: ومن الغرباء؟ قال: الفرارون بدينهم، يبعثهم الله يوم القيامة مع عيسى ابن مريم عليهما السلام». [حل، فر، «الضعيفة» (1859)].

(Lemah) Daripada Abdullah bin ‘Amr RA, beliau berkata: Rasulullah ﷺ bersabda: Perkara yang paling disukai oleh Allah ialah satu golongan pengembara. Ditanya: Siapakah para pengembara ini? Baginda menjawab: Mereka yang melarikan diri dengan agama mereka. Allah akan membangkitkan mereka bersama Nabi Isa bin Maryam AS pada hari kiamat. [Riwayat Abu Nu’aym dalam Hilyah al-Awliya’ dan al-Daylami dalam Musnad al-Firdauws. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 1859].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.