Daif

30/06/2024

minit bacaan



Perkara yang paling disukai oleh Allah dalam Islam: Solat pada waktunya

Teks Bahasa Arab

أَحبُّ شَيءٍ عِندَ اللهِ في الإسلامِ: الصَّلاةُ لوقْتِها، ومَن تَرَكَ الصَّلاةَ فلا دِينَ له، والصَّلاةُ عِمادُ الدِّينِ.

Teks Bahasa Melayu

Perkara yang paling disukai oleh Allah dalam Islam: Solat pada waktunya. Sesiapa yang meninggalkan solat, nescaya tidak ada agama baginya dan solat itu ialah tiang agama.

Sahabat Perawi

  1. Umar RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Daif

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 363, hadis no. 1939. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن عمر - رضي الله عنه -، قال: جاء رجل فقال: يا رسول الله، أي شيء أحب عند الله في الإسلام؟ قال: «الصلاة لوقتها. ومن ترك الصلاة فلا دين له، والصلاة عماد الدين». [هب، «الضعيفة» (6967)].

(Daif) Daripada Umar RA, beliau berkata: Seorang lelaki datang lalu dia berkata: "Wahai Rasulullah, apakah perkara yang paling disukai oleh Allah dalam Islam? Baginda bersabda: "Solat pada waktunya. Sesiapa yang meninggalkan solat, nescaya tidak ada agama baginya dan solat itu ialah tiang agama". [Riwayat al-Bayhaqi dalam Shu’ab al-Iman. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 6967].

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.