Perkara yang paling berat dan ringan dalam agama

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

ألينُه: شهادة أن لا إله إلا الله وأن محمداً رسول الله، وأشدُّه – أخا العالية! – الأمانة، إنه لا دين لمن لا أمانة له، ولا صلاة، ولا زكاة. يا أخا العالية! إنه من أصاب مالاً من حرام، فلبس جلباباً – يعني: قميصاً -، لم تقبل صلاته حتى ينحي ذلك ‌الجلباب عنه، إن الله تبارك وتعالى أكرم وأجل – يا أخا العالية! – من أن يتقبل عمل رجل أو صلاته، وعليه جلباب من حرام.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Kami sedang duduk bersama Rasulullah SAW, lalu datang seorang lelaki daripada al-Aliyah dan berkata: Wahai Rasulullah, khabarkan kepadaku perkara yang paling keras dalam agama ini dan perkara yang paling lembut, baginda bersabda: “Perkara yang paling lembut adalah persaksian bahawa tiada Tuhan selain Allah dan bahawa Nabi Muhammad itu pesuruh Allah. Perkara yang paling keras wahai saudara (yang datang dari) al-Aliyah! adalah amanah, tiada agama bagi orang yang tidak ada sifat amanah, begitu juga solat dan zakat (tidak diterima dari orang yang tidak amanah). Wahai saudara (yang datang dari) al-Aliyah, sesiapa yang mengambil harta yang haram lalu memakai jilbab iaitu pakaian (dari sumber harta yang haram tersebut), tidak diterima solatnya sehingga dia meninggalkan jilbabnya itu. Sesungguhnya Allah tabaraka wa ta’ala sangat mulia dan agung wahai saudara al-Aliyah daripada menerima amalan seorang lelaki atau solatnya dalam keadaan dia memakai jilbab yang haram.”

STATUS

Sangat munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 636, hadis nombor 3299. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر جدا) عن علي – رضي الله عنه -، قال: كنا جلوساً مع رسول الله صلى الله عليه وسلم. فطلع علينا رجل من أهل العالية، فقال: يا رسول الله! أخبرني بأشد شيء في هذا الدين وألينه. قال: ((ألينُه: شهادة أن لا إله إلا الله وأن محمداً رسول الله، وأشدُّه – أخا العالية! – الأمانة، إنه لا دين لمن لا أمانة له، ولا صلاة، ولا زكاة. يا أخا العالية! إنه من أصاب مالاً من حرام، فلبس جلباباً – يعني: قميصاً -، لم تقبل صلاته حتى ينحي ذلك ‌الجلباب عنه، إن الله تبارك وتعالى أكرم وأجل – يا أخا العالية! – من أن يتقبل عمل رجل أو صلاته، وعليه جلباب من حرام)). [البزار، الشجري، ((الضعيفة)) (6671)].

(Sangat munkar)
Daripada Ali RA beliau berkata: Kami sedang duduk bersama Rasulullah SAW, lalu datang seorang lelaki daripada al-Aliyah dan berkata: Wahai Rasulullah, khabarkan kepadaku perkara yang paling keras dalam agama ini dan perkara yang paling lembut, baginda bersabda: “Perkara yang paling lembut adalah persaksian bahawa tiada Tuhan selain Allah dan bahawa Nabi Muhammad itu pesuruh Allah. Perkara yang paling keras wahai saudara (yang datang dari) al-Aliyah! Adalah amanah, tiada agama tanpa amanah, begitu juga solat dan zakat (tidak diterima dari orang yang tidak amanah). Wahai saudara (yang datang dari) al-Aliyah, sesiapa yang mengambil harta yang haram lalu memakai jilbab iaitu pakaian (dari sumber harta yang haram tersebut), tidak diterima solatnya sehingga dia meninggalkan jilbabnya itu. Sesungguhnya Allah tabaraka wa ta’ala sangat mulia dan agung wahai saudara al-Aliyah daripada menerima amalan seorang lelaki atau solatnya dalam keadaan dia memakai jilbab yang haram.”
[Riwayat al-Bazzar dalam musnadnya dan al-Syajari dalam al-Amali. Lihat Sisilah al-Da’ifah, no. 6671].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.