Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
أَكْثَرُ مَا أَتَخَوَّفُ عَلَى أُمَّتِي مِنْ بَعْدِي: رَجُلٌ يَتَأَوَّلُ الْقُرْآنَ؛ يَضَعُهُ عَلَى غَيْرِ مَوَاضِعِهِ، وَرَجُلٌ يَرَى أَنَّهُ أَحَقُّ بِهَذَا الْأَمْرِ مِنْ غَيْرِهِ.
Teks Bahasa Melayu
Perkara yang paling aku takuti terhadap umatku selepas kewafatanku adalah seseorang yang mentakwil al-Qur'an; dia meletakkannya pada bukan tempatnya dan seseorang yang melihat bahawa dialah yang paling berhak terhadap pemerintahan ini berbanding orang lain.
Sahabat Perawi
- Umar bin al-Khattab RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1394 - 1395, hadis no. 7078. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن عمر بن الخطاب رضي الله عنه، قال: قال صلى الله عليه وسلم: أكثر ما أتخوف على أمتي من بعدي: رجل يتأول القرآن، يضعه على غير مواضعه، ورجل يرى أنه أحق بهذا الأمر من غيره. [طس، ((الضعيفة)) (7041)]
(Palsu) Daripada 'Umar bin al-Khattab RA, katanya: Rasulullah SAW pernah bersabda: Perkara yang paling aku takuti terhadap umatku selepas kewafatanku adalah seseorang yang mentakwil al-Qur'an; dia meletakkannya pada bukan tempatnya dan seseorang yang melihat bahawa dialah yang paling berhak terhadap pemerintahan ini berbanding orang lain. [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu'jam al-Awsat. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 7041]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman