Perkara yang Nabi SAW takut untuk umat selepas kewafatan baginda SAW

TEKS BAHASA ARAB

أكثر ما أتخوف على أمتي من بعدي: رجل يتأول القرآن؛ يضعه على غير مواضعه، ورجل يرى أنه أحق بهذا الأمر من غيره.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Perkara (musibah) yang aku paling takutkan akan berlaku ke atas umatku selepas pemergianku adalah: Seorang lelaki yang menakwilkan al-Quran dan dia tidak meletakkannya pada tempatnya (salah takwil). Dan lelaki yang merasakan bahawa dialah yang paling berhak akan perkara ini (khilafah) daripada orang selainnya.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1575, hadis nombor 7973. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن عمر بن الخطاب – رضي الله عنه -، قال: قال -صلى الله عليه وسلم-: ((أكثر ما أتخوف على أمتي من بعدي: رجل يتأول القرآن؛ يضعه على غير مواضعه، ورجل يرى أنه أحق بهذا الأمر من غيره)). [طس، ((الضعيفة)) (7041))].

(Palsu)
Daripada Umar bin al-Khattab RA, beliau berkata: Nabi SAW bersabda: ((Perkara (musibah) yang aku paling takutkan akan berlaku ke atas umatku selepas pemergianku adalah: Seorang lelaki yang menakwilkan al-Quran dan dia tidak meletakkannya pada tempatnya (salah takwil). Dan lelaki yang merasakan bahawa dialah yang paling berhak akan perkara ini (khilafah) daripada orang selainnya.))
[Riwayat al-Ṭabarānī di dalam al-Mu‘jam al-Awsaṭ. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no.7041].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs