Perkara yang menjadi matlamat bagi ulama

TEKS BAHASA ARAB

همة العلماء الرعاية وهمة السفهاء الرواية.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Perkara yang menjadi matlamat bagi ulama ialah penjagaan (amalan), sedangkan perkara yang menjadi matlamat bagi orang-orang bodoh pula ialah riwayat.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī (m. 1380H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr, di halaman 77, hadis nombor 447. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

Ibn ‘Abd al-Bar telah mengeluarkan hadith tersebut dalam kitab al-‘Ilm daripada Anas melalui kata-kata Anas secara mawquf (disandarkan kepada sahabat). Ibn ‘Abd al-Bar juga menyebutkan bahawa hadith tersebut ada diriwayatkan secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW). Saya pula berkata bahawa ia tidak sahih secara mutlak, tidak sahih secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW) dan tidak sahih secara mawquf (disandarkan kepada sahabat). Ia hanya ada dinukilkan daripada Malik melalui kata-kata beliau.

RUJUKAN

Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī. (2015). Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr(2nd ed.). Maktabah al-Qahirah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.