Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
هِمَّةُ الْعُلَمَاءِ الرِّعَايَةُ وَهِمَّةُ السُّفَهَاءِ الرِوَايَةُ.
Teks Bahasa Melayu
Perkara yang menjadi matlamat bagi ulama ialah penjagaan (amalan), sedangkan perkara yang menjadi matlamat bagi orang-orang bodoh pula ialah riwayat.
Ulama/Pengkaji Hadis
- Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī (m. 1380H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Aḥmad bin al-Siddiq al-Ghumari (m. 1380H) dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul al-Mughir ‘ala al-Ahadith al-Mawdu‘ah fi al-Jami‘ al-Saghir, di halaman 77, hadis no. 447. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
Ibn 'Abd al-Bar telah mengeluarkan hadith tersebut dalam kitab al-'Ilm daripada Anas melalui kata-kata Anas secara mawquf (disandarkan kepada sahabat). Ibn 'Abd al-Bar juga menyebutkan bahawa hadith tersebut ada diriwayatkan secara marfu' (disandarkan kepada Nabi SAW). Saya pula berkata bahawa ia tidak sahih secara mutlak, tidak sahih secara marfu' (disandarkan kepada Nabi SAW) dan tidak sahih secara mawquf (disandarkan kepada sahabat). Ia hanya ada dinukilkan daripada Malik melalui kata-kata beliau.
Rujukan
Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī. (2015). Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr (2nd ed.). Maktabah al-Qahirah.
Makluman