Daif
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
مَا كَرِهْتَ أنْ تُواجِهَ بِهِ أخَاكَ فَهُو غِيْبَةٌ.
Teks Bahasa Melayu
Perkara yang kamu tidak suka untuk bercakap berhadapan dengan saudara kamu itu adalah umpatan.
Sahabat Perawi
- Anas bin Malik RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Daif
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 28, hadis no. 94. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن أنس - رضي الله عنه - مرفوعا: ((ما كرهت أن تواجه به أخاك فهو غيبة)). [ابن عساكر، ((الضعيفة)) (1954)]
(Daif) Daripada Anas RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Perkara yang kamu tidak suka untuk bercakap berhadapan dengan saudara kamu itu adalah umpatan. [Riwayat Ibn ‘Asakir. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no.1954]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman