Perkara yang kamu benci yang kamu lihat

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

ما ترون مما تكرهون؛ فذلك ما تجزون، يؤخر الخير لأهله في الآخرة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Perkara yang kamu benci yang kamu lihat itulah yang akan dibalas. Kebaikan itu ditangguhkan untuk ahlinya di akhirat kelak.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 2041, hadis nombor 10273. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن أبي أسماء الرحبي قال: بينما أبو بكر الصديق رضي الله عنه يتغدى مع رسول الله صلى الله عليه وسلم إذ نزلت هذه الآية: ﴿فَمَنْ يَعْمَلْ مِثْقَالَ ذَرَّةٍ خَيْرًا يَرَهُ(٧) وَمَنْ يَعْمَلْ مِثْقَالَ ذَرَّةٍ شَرًّا يَرَهُ(٨)﴾ فأمسك أبو بكر، وقال: يا رسول الله! أكل ما عملنا من سوء رأيناه؟! فقال: ما ترونَ مما تكرهونَ؛ فذلك ما تُجزَونَ، يؤخرُ الخيرَ لأهلِهِ في الآخرةِ.
[ك، ((الضعيفة)) (5212)]

(Lemah)
Daripada Abu Asma’ al-Rahabi, beliau berkata: Ketika Abu Bakar al-Siddiq RA makan tengah hari bersama-sama Rasulullah SAW, telah turun ayat ini:

﴾فَمَنْ يَعْمَلْ مِثْقَالَ ذَرَّةٍ خَيْرًا يَرَهُ(٧) وَمَنْ يَعْمَلْ مِثْقَالَ ذَرَّةٍ شَرًّا يَرَهُ(٨)﴿

Lalu Abu Bakar berhenti dan bertanya: Wahai Rasulullah! Adakah semua yang kami lakukan (akan dibalas), termasuk perkara-perkara buruk yang kami lihat? Baginda menjawab: Perkara yang kamu benci yang kamu lihat itulah yang akan dibalas. Kebaikan itu ditangguhkan untuk ahlinya di akhirat kelak.
[Riwayat al-Hakim. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 5212]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.