TEKS BAHASA ARAB
أقل ما يوجد في آخر الزمان في أمتي درهم من حلال، أو أخ يوثق به.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Perkara yang jarang ditemui dalam kalangan umatku di akhir zaman adalah dirham dari sumber yang halal atau seorang saudara yang boleh dipercayai.
STATUS
Sangat lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 40, hadis nombor 156. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جدا) عن ابن عمر – رضي الله عنهما – رفعه: ((أقل ما يوجد في آخر الزمان في أمتي درهم من حلال، أو أخ يوثق به)).
[ع، د، ((الضعيفة)) (2867)]
(Sangat Lemah) Daripada Ibn ‘Umar RA beliau telah memarfu’kannya (menyandarkannya kepada Nabi SAW): Perkara yang jarang ditemui dalam kalangan umatku di akhir zaman adalah dirham dari sumber yang halal atau seorang saudara yang boleh dipercayai.
[Riwayat Ibn ‘Adī dalam al-Kāmil. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 2867]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.