Bukan hadis

30/06/2024

minit bacaan



Perkara yang jarang berlaku tidak diputuskan hukum terhadapnya

Teks Bahasa Arab

النَّادِرُ لَا حُكْمَ لَهُ.

Teks Bahasa Melayu

Perkara yang jarang berlaku tidak diputuskan hukum terhadapnya.

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri (m.1143H)

Status

Bukan hadis

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri (m.1143H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith, di halaman 97, hadis no. 470. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

هو قاعدة لا حديث، ومعناه أنه لا حكم له يخالف الغالب بل حكمه حكمه.

Ia satu kaedah, bukannya hadith. Maksudnya adalah tidak ada hukum terhadapnya, berbeza dengan perkara yang biasa berlaku, bahkan hukum perkara yang jarang berlaku itu sebagaimana hukumnya yang asal.

Rujukan

Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri. (1412H). Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith (Bakr bin Abdullah Abu Zayd, Ed.). Dar al-Rayah.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.