Perkara halal tidak akan rosak dengan perkara haram

TEKS BAHASA ARAB

لا يفسد حلال بحرام، ومن أتى امرأة فجورا فلا عليه أن يتزوج أمها أو ابنتها، فأما نكاح؛ فلا.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Perkara halal tidak akan rosak dengan perkara haram. Sesiapa yang berzina dengan seorang perempuan, maka tidak mengapa dia berkahwin dengan ibunya atau anaknya. Adapun jika dia bernikah (dengan perempuan tersebut) maka tidak (halal untuk berkahwin dengan ibunya dan anaknya).

STATUS

Batil

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 965, hadis nombor 4980. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(باطل)
عن عائشة – رضي الله عنها – قالت، قال رسول الله ﷺ: لا يفسد حلال بحرام، ومن أتى امرأة فجورا فلا عليه أن يتزوّج أمها أو ابنتها، وأما نكاح فلا.
[هق، عد، ((الضعيفة)) 6112].

(Batil)
Daripada ‘Aishah RA dia berkata, Rasulullah SAW telah bersabda: Perkara halal tidak akan rosak dengan perkara haram. Sesiapa yang berzina dengan seorang perempuan, maka tidak mengapa dia berkahwin dengan ibunya atau anaknya. Adapun jika dia bernikah (dengan perempuan tersebut) maka tidak (halal untuk berkahwin dengan ibunya dan anaknya).
[Riwayat al-Baihaqi dalam al-Sunan al-Kubra. Lihat Silsilah al-Da’ifah no. 6112].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs