Batil

30/06/2024

minit bacaan



Perkara yang halal tidak akan dirosakkan dengan yang haram

Teks Bahasa Arab

لا يفسدُ حلالٌ بحرامٍ ، ومن أتى امرأةً فجورًا، فلا عليْهِ أن يتزوَّجَ أمَّها أوِ ابنتَها ، فأمَّا نِكاحٌ ؛ فلا.

Teks Bahasa Melayu

Perkara yang halal tidak akan dirosakkan dengan yang haram. Barang siapa yang mendatangi seorang perempuan dengan cara yang jahat (berzina), maka tidak dihalalkan baginya untuk mengahwini ibunya atau anak perempuannya. Adapun untuk mengahwini perempuan (yang dizinainya) maka tidak boleh.

Sahabat Perawi

  1. ‘Aishah RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Batil

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 965, hadis no. 4980. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(باطل) عن عائشة – رضي الله عنها – قالت، قال رسول الله ﷺ: لا يفسد حلال بحرام، ومن أتى امرأة فجورا فلا عليه أن يتزوّج أمها أو ابنتها، وأما نكاح فلا. [هق، عد، ((الضعيفة)) 6112].

(Batil) Daripada ‘Aishah RA dia berkata, Rasulullah SAW telah bersabda: Perkara yang halal tidak akan dirosakkan dengan yang haram. Barang siapa yang mendatangi seorang perempuan dengan cara yang jahat (berzina), maka tidak dihalalkan baginya untuk mengahwini ibunya atau anak perempuannya. Adapun untuk mengahwini perempuan (yang dizinainya) maka tidak boleh. [Riwayat al-Baihaqi dalam al-Sunan al-Kubra. Lihat Silsilah al-Da’ifah no. 6112].

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.