Bukan hadis

30/06/2024

minit bacaan



Perkara yang ditakdirkan pasti terjadi

Teks Bahasa Arab

الْمُقَدَّرُ كَائِنٌ.

Teks Bahasa Melayu

Perkara yang ditakdirkan pasti terjadi.

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri (m.1143H)

Status

Bukan hadis

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri (m.1143H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith, di halaman 85, hadis no. 390. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

لا يعرف بهذا وفي معناه ما يقدر يكون.

Tidak diketahui dengan lafaz ini, semakna dengannya: "Apa-apa sahaja yang ditakdirkan, akan berlaku".

Rujukan

Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri. (1412H). Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith (Bakr bin Abdullah Abu Zayd, Ed.). Dar al-Rayah.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.