Sangat lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
كَبُرَ مَقْتًا عند الله: الأكلُ من غير جوعٍ، والنومُ من غير سَهَرٍ. والضَّحِك من غير عَجَبٍ، والرنَّةُ عند المُصيبة، والمُزمَار عند النِعمة.
Teks Bahasa Melayu
(Perkara) yang amat besar kebenciannya di sisi Allah SWT: Makan ketika tidak lapar, tidur tanpa bangun malam, ketawa tanpa sebab, ratapan ketika ditimpa musibah dan siulan ketika dalam kenikmatan.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin ‘Amr bin al-‘As
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Sangat lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1627, hadis no. 8224. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جدا) عن عبد الله بن عمرو - رضي الله عنهما - عن النبي - صلى الله عليه وسلم - قال: ((كبر مقتا عند الله: الأكل من غير جوع، والنوم من غير سهر. والضحك من غير عجب، والرنة عند المصيبة، والمزمار عند النعمة)). [الخلعي في ((الفوائد))، ((الضعيفة)) (4086)].
(Sangat Lemah) Daripada Abdullah Bin Amr RA, daripada Nabi SAW, baginda bersabda: (((Perkara) yang amat besar kebenciannya di sisi Allah SWT: Makan ketika tidak lapar, tidur tanpa bangun malam, ketawa tanpa sebab, ratapan ketika ditimpa musibah dan siulan ketika dalam kenikmatan.)) [Riwayat al-Khila’i dalam al-Fawaid. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 4086].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman