Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
تُحفةُ المؤمنِ في الدنيا الفقرُ.
Teks Bahasa Melayu
Perkara yang berharga bagi seorang mukmin di dunia adalah kefakiran.
Sahabat Perawi
- Mu'az bin Jabal RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 613, hadis no. 3193. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن معاذ بن جبل - رضي الله عنه - مرفوعاً: ((تحفة المؤمن في الدنيا الفقر)). [فر، ((الضعيفة)) (3392)].
(Lemah) Daripada Muaz bin Jabal RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): ((Perkara yang berharga bagi seorang mukmin di dunia adalah kefakiran.)) [Riwayat al-Dailami dalam al-Firdaus. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 3392].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman