Perkara yang asing di dunia itu ada empat

TEKS BAHASA ARAB

الغرباء في الدنيا أربعة: قرآن في جوف ظالم، ومسجد في نادي قوم لا يصلى فيه، ‌ومصحف ‌في بيت لا يقرأ فيه، ورجل صالح مع قوم سوء.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Perkara yang asing di dunia itu ada empat: Qur’an dalam hati orang yang zalim, masjid di tempat berkumpulnya sesuatu kaum yang tidak ada yang bersolat di dalamnya, mushaf (al-Qur’an) di rumah yang tidak dibaca dan lelaki soleh dalam kalangan kaum yang jahat.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 612, hadis nombor 3182. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن أبي هريرة – رضي الله عنه – مرفوعاً: ((الغرباء في الدنيا أربعة: قرآن في جوف ظالم، ومسجد في نادي قوم لا يصلى فيه، ‌ومصحف ‌في بيت لا يقرأ فيه، ورجل صالح مع قوم سوء)). [فر، ((الضعيفة)) (3965)].

(Palsu)
Daripada Abu Hurairah RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): ((Perkara yang asing di dunia itu ada empat: Qur’an dalam hati orang yang zalim, masjid di tempat berkumpulnya sesuatu kaum yang tidak ada yang bersolat di dalamnya, mushaf (al-Qur’an) di rumah yang tidak dibaca dan lelaki soleh dalam kalangan kaum yang jahat.))
[Riwayat al-Dailami dalam al-Firdaus. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 3965].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs